Latar belakang Perang_Salib_Keempat

Selepas kegagalan Perang Salib Ketiga (1187-1192), minat bangsa Eropah untuk melancarkan satu lagi Perang Salib pudar. Jerusalem pada ketika itu dikuasai oleh Dinasti Ayubiyyah yang menguasai keseluruhan Syria dan Mesir kecuali sejumlah kecil bandar-bandar di sepanjang persisiran pantai yang dikuasai oleh tentera salib yang berpusat di Acre, di samping kerajaan kristian salib di Cyprus.

Pada tahun 1198, Paus Innocent III yang baru menjadikan perang salib sebagai matlamatnya yang tidak boleh disanggah. Tetapi seruan beliau tidak dihiraukan kalangan monarki di Eropah. Atas pujukan seorang paderi, Fulk dari Neuilly, tentera salib akhirnya dapat dikumpulkan dalam satu pertandingan sukan di Ecry oleh Count Thibaut dari Itali, Boniface. Boniface dan pemimpin lain menghantar utusan ke Venice, Genoa dan negera kota lain untuk mendapatkan kapal pengangkutan ke Mesir yang menjadi sasaran tentera salib. Genoa tidak berminat tetapi pada bulan Mac 1202, Venice bersetuju untuk menyiapkan kapal yang dapat mengangkut 33,500 orang tentera salib. Tentera salib dianggarkan mengandungi 4,500 satria berkuda, 9,000 tentera sokongan pasukan berkuda dan 20,000 tentera.

Majoriti tentera salib yang akan bertolak dari Venice pada bulan Oktober 1202 berasal dari Perancis. Pasukan lain datang dari Flanders dan Empayar Rom Suci termasuk tentera di bawah Biskop Martin.